THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

17 June 2009

Malacca Girl High School

SEJARAH SEKOLAH

SMK Tinggi Perempuan Melaka terletak kira-kira 2km dari Bandar Melaka. Kawasannya terletak di lorong Tun Fatimah, Durian Daun dan berjiran dengan 2 buah sekolah menengah yang lain iaitu SMK Tun Tijah dan SMK Durian Daun. Selain itu, sekolah ini juga berjiran dengan sebuah institut perguruan yang terulung iaitu Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM).

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1961. Sebelum ini, ia adalah sebahagian dari Sekolah Menengah Gajah Berang iaitu semenjak tahun 1959. Sewaktu mula-mula dibuka, bilangan murud-muridnya hanya seramai 414 orang dan semuanya terdiri daripada murid-murid perempuan. Pada ketika itu, sekolah menggunakan dua bahasa pengantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun pada tahun 1965, bahagian yang berpengantar Bahasa Melayu berpindah ke bangunan lain dan seterusnya bertukar nama menjadi Sekolah Menengah Tun Tijah.

Terdapat 11 buah bangunan pada awalnya iaitu pejabat sekolah, bilik guru, bilik darjah dan makmal sains. Tiga buah blok lagi dibina untuk dijadikan asrama. Terdapat sebuah padang yang terletak bersebelahan dengan dewan, sebuah pusat sumber dan sebuah bangunan tiga tingkat. Aliran sains bermula sejak tahun 70an dan kini telah meningkat kepada enam buah kelas. Bagi aliran sastera pula telah diadakan awal iaitu pada tahun 1959 (sejak Sekolah Menengah Gajah Berang) dan kini jumlahnya sebanyak 6 buah kelas kesemuanya.

Pada tahun 1964, ditambahkan 2 blok 2 tingkat dan pada tahun 1993 dibina sebuah lagi blok 3 tingkat. Pada tahun 1995, dibina 1 blok 4 tingkat yang dirasmikan pada April 1996 oleh Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Mohd. Zin Abdul Ghani.

4 buah blok juga dibina pada tahun 1961 untuk dijadikan asrama. 2 blok dijadikan tempat tinggal, 1 dewan makan dan 1 dapur. Pada tahun 1976, ditambah 1 blok bangunan 4 tingkat. Luas kawasan ialah lebih kurang 15 ekar.
Pada tahun 1996 dan 2008, surau sekolah telah dibesarkan dan dinaiktaraf dengan bantuan derma orang ramai yang diusahakan oleh PIBG (Persatuan ibu bapa dan Guru).


Visi Sekolah

SMK Tinggi Perempuan Melaka Sekolah Cemerlang dan Terunggul (SMK Tinggi Perempuan Melaka is an Excellent and Outstanding School)


Misi Sekolah
  • Pencapaian akademik yang cemerlang dan berkualiti
  • Pencapaian kokurikulum gemilang dalam semua peringkat
  • Warga sekolah yang berbudaya dan bersahsiah mulia
  • Iklim sekolah yang kondusif dan selamat
  • Permuafakatan pintar dengan komuniti dan agensi luar


Motto Sekolah

ILMU PUNCA KEBIJAKSANAAN
Knowledge is wisdom


Lagu Sekolah

Majulah Sekolah Tinggi Perempuan Melaka
Tempat kuntun-kuntum bunga kembang dan mekar
Indahnya menghiasi jambangan negara
Di sini putri pertiwi bermula

Segala ilmu dituntut sepenuh hati
Dalam sukan berjuang kuat dan berbakti
Guru dihormati, imej dijunjung tinggi
Sejajar dengan nama yang diberi

Kejayaan penuh usaha
Kemenangan berwibawa
Inilah matlamat semua
Dengan tidak melupakan
Nilai-nilai murni kita
Demi sekolah yang tercinta

Pelihara sifat ketimuran kita
Bersopan-santun serta beradab mulia
Berpelajaran tinggi, sihat dan sejahtera
Pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Melaka


Lencana Sekolah
  • obor:- simbol cahaya dan penerang kehidupan
  • buku:- simbol ilmu pengetahuan
  • bulu burung (simbol klasik pena):- simbol kemahiran membaca, menulis dan mengira. (3M)
  • 2 tangkai daun:- melambangkan perkembangan pendidikan yang sentiasa dinamik, progresif dan asertif.
  • perisai berbucu tiga:- simbol 3 aspek kepentingan iaitu kecemerlangan akademik, kecemerlangan sahsiah dan kecemerlangan kokurikulum adalah benteng yang ampuh bagi menangani segala cabaran hidup.
  • warna kuning:- kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • warna coklat:- sentiasa berpegang pada akar budaya dan nilai agama.

Bendera Sekolah
  • warna coklat:- sentiasa berpegang pada akar budaya dan nilai agama.
  • warna kuning muda:- warna rasmi SMK Tinggi Perempuan Melaka.
  • warna kuning tua (hampir oren):- melambangkan kegigihan untuk mencapai kecemerlangan

Falsafah Sekolah

Sesungguhnya kami percaya dan yakin murid-murid SMK Tinggi Perempuan Melaka berpotensi menjadi modal insan berminda kelas pertama yang seimbang dairi segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.


Kami juga yakin semua guru berupaya mendidik murid-murid dan sentiasa mempunyai inisiatif meningkatkan profesionalisme keguruan.


Objektif Sekolah
  • untuk meningkatkan prestasi pencapaian keputusan peperiksaan PMR, SPM, dan STPM ke arah 100% lulus.
  • meningkatkan pencapaian 100% kecemerlangan 'A' dalam peperiksaan PMR dan STPM
  • untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan.
  • untuk menyediakan dan mengembangkan iklim dan budaya sekolah ang kondusif untuk pendidikan yang berkesan.


0 comments: